Thursday, July 23, 2009

Sejarah Perkembangan Hoki

Sejarah Hoki dan Perkembangannya Di Malaysia

Pengkaji-pengkaji terdahulu pernah menjumpai pasu-pasu dengan ukiran-ukiran yang menunjukan pemain-pemain menggunakan kayu bengkok dalam permainan yang hampir sama dengan permainan hoki . Pasu-pasu itu bertarikh lebih kurang 2050sm dan berasal dari Mesir. Dipercayai perkataan hockey berasal daripada perkataan Perancis hoquet yang membawa erti kayu bengkok yang digunakan oleh gembala . Pada abad ke 15, permainan memukul bola dengan hoquet adalah popular dikalangan gembala di Perancis sebagai satu kegiatan untuk mengisi masa lapang.

Namun begitu, permainan tersebut terus lenyap hinggalah pada tahun 1365, apabila diperkenalkan ke England buat kali pertamanya. Penduduk England memang gemar mencuba apa jua bentuk sukan yang diperkenalkan kepada mereka. Kedatangan sukan ini ke England telah menarik perhatian penduduk di negara tersebut .

Dalam satu jangkamasa yang singkat sahaja mereka telah menguasai permainan tersebut dan seterusnya mempamerkan bahawa sukan tersebut telah diterima oleh masyarakat di sana. Permainan tersebut tidak mempunyai satu peraturan atau undang-undang khas mengenainya untuk dijadikan sebagai panduan semasa bermain. Mereka menggunakan perbagai cara dan teknik. Ini menimbulkan kekecohan kerana pergaduhan sering berlaku, sehingga menyebabkan pertumpahan darah. Corak permainannya menjadi kasar dan tidak teratur dan membawa risiko yang tinggi terhadap pemain. Peristiwa sebegni menyebabkan pihak pemerintahan dan istana di Britian mengharamkan telah permainan tersebut .

Walaupun permainan ini diharamkan, perkembangannya terus berlaku dan akhirnya pengharaman tersebut telah ditarik balik. Dalam masa yang singkat permainan hoki tersebut terus diterima oleh banyak negara di dunia. Dengan adanya peraturan dan undang-undang, permainan hoki ini menjadi lebih teratur dan selamat. Apabila pengharaman tersebut di tarik balik, maka bermulalah era baru dalam permainan hoki di mana ia semakin diterima oleh negara-negara lain. Permainan ini suatu masa dulu adalah terdiri oleh pemain lelaki, mula berubah menarik minat pemain wanita pula .

Pemainan hoki yang lebih teratur dan sistematik telah dianjurkan. Pasukan-pasukan hoki mula ditubuhkan dan telah mampu untuk mengadakan perlawanan persahabatan antara mereka. Pasukan hoki yang pertama di dunia ditubuhkan dalam tahun 1840. pasukan ini telah ditubuhkan oleh sekumpulan pemain di London dan seterusnya diikuti oleh beberapa pasukan yang lain. kelab tertua adalah di dunia adalah Kelab Hoki Blackheath, di sebelah Selatan London dan pasukan hokinya hanya ditubuhkan dalam tahun 1861. Ini kerana pemainya hanya sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja. Kelab inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan undang-undang hoki yang lebih tersusun lagi walaupun ianya tidak sebegitu kemas seperti sekarang, tetepi ia menjadi garis panduan bagi undang-undang dan peraturan masa kini dan berubah dari masa ke masa. Antara aspek yang ditekankan adalah dari segi permainan, mewujudkan khidmat pengadi, had kawasan permainan untuk memudahkan kawalan bola dan seterusnya mengenakan hukuman tertentu bagi mereka yang melakukan kesalahan.
Pada tahun 1875, satu mesyuarat yang diadakan di London dan undang-undang ini diterima dan diluluskan untuk perlawanan. Pada tahun 1886, Permainan hoki telah diterima sebagai satu sukan yang dipertandingankan dan menjadi satu permainan yang bertaraf antarabangsa. Dari England permainan ini tersebar ke negara-negara seperti Amerika Syarikat, India dan beberapa negara Asia serta Eropah yang lain .

Pertandingan Hoki

Apabila permainan ini mula dipertandingan, Banyak negara sudah mempunyai pasukan sendiri. Apabila sukan Olimpik unsur moden dimulakan pada tahun 1896, ada ura-ura untuk menyenaraikan permainan hoki dalam acara sukan tersebut, namun begitu ia hanya menjadi hanya menjadi sukan pertunjukan sahaja. Permainan hoki dipertandingkan buat pertama kalinya dalam sukan Olimpik pada tahun 1908 di London. Ini menunjukkan bahawa hoki adalah antara sukan yang terawal dipertandingan. Pada tahun 1928, terdapat sembilan buah negara yang terlibat dalam sukan hoki.

Pada tahun 1924, dengan hasil usaha beberapa buah negara maka tertubuhlah Persekutuan Hoki Antarabangsa (International Hockey Federation). Tugasnya adalah untuk mengawal dan mengembangkan permainan hoki diperingkat antarabangsa, Antara usaha awal IHF adalah memperkemaskan peraturan serta undang-undang agar permainan tersebut lebih tersusun dan teratur. Ia juga berusaha untuk mengadakan satu pertandingan hoki bertaraf dunia seperti sukan bola sepak. IHF terpaksa berusaha dengan lebih tekun agar setiap negara mempunyai pasukan mereka sendiri .

Negara kita pula merakam sejarah negara dengan menyenaraikan hoki dalam Sukan Olimpik pada tahun 1956, yang diadakan di Melbourne, Australia. dalam sukan itu pasukan negara menduduki tempat yang kesembilan. ini menunjukan negara kita telah menunjukan satu prestasi yang baik dengan menduduki tempat ke sembilan terbaik didunia. Malaysia tidak hanya menceburi diri pada setakat itu sahaja. Meraka terus berusaha dan mula mengambil bahagian dalam Piala Dunia, Sukan Asia , Sukan SEA dan beberapa kejohanan jemputan anjuran beberapa negara di dunia .

Hoki Di Malaysia

Perkembangan hoki turut tersebar di rantau Asia pada abad ke 19. askar British telah memperkenalkan permainan hoki ke Malaysia pada abad ke 19. Pada peringkat awal permainan ini tidak mampu untuk menarik minat penduduk negara ini. Minat hanya ditunjukkan oleh orang Inggeris dan Eropah. Lama kelamaan permainan hoki ini mula dimainkan oleh penduduk tempatan. Permainan hoki dimainkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 30 November 1898 di Padang Kelab Selangor yang kini menjadi Dataran Merdeka.

Pada tahun 1904 telah diadakan satu pertandingan hoki di antara negeri Selangor dan Singapura. Pertandingan ini telah membuka mata penduduk dari kedua-dua negeri mengenai sukan hoki walaupun hampir keseluruhan pemain adalah terdiri daripada rakyat Inggeris atau Eropah. Bermula pada tahun 1920 permainan ini telah mula mendapat sambutan dinegara ini dan pada tahun 1926. Satu perlawanan yang melibatkan penduduk tempatan telah diadakan diantara Negeri-negeri Melayu Bersekutu menentang Negeri-negeriSelat. Penubuhan pasukan hoki negara ini adalah pada tahun 1932. Perlawanan pertama pasukan hoki tersebut adalah dengan perlawanan persahabatan dengan negara India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik pada masa itu. Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan negara India 7-1. Walaupun kalah teruk tetapi ia merupakan satu pengalaman yang baik bagi membentuk sebuah pasukan hoki bertaraf dunia yang kita miliki sekarang ini.

Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki negara kita telah mengadakan pertandingan di Hong Kong dan Macao. Pasukan negara kita telah memenangi kesemua perlawanan yang didakan. Selepas itu pasukan Macao mengadakan lawatan balas dan mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan negara kita dan negara kita menang dalam kedua-dua pertandingan tersebut. Ini membuktikan bahawa dalam masa yang singkat sahaja, negara kita telah mula menguasai permainan tersebut dan mempunyai harapan yang cerah di peringkat antarabangsa.

Seterusnya permainan hoki dipergiatkan dengan pertandingan-pertandingan atau liga hoki yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan hoki peringkat daerah dan negeri. Liga Hoki pertama bermula pada tahun 1946 di Taiping, diikuti pula dengan Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang.

Bagi melicinkan pentadbiran sukan dan pertandingan hoki ini. terutama dalam usaha untuk melibatkan diri pada peringkat antarabangsa, maka penubuhan satu organisasi pasukan kebangsaan adalah perlu. Hasrat ini menjadi kenyataan apabila pada tahun 1948 tertubuhlah Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF). Pada tahun 1953 MHF telah bergabung dengan FIH untuk membolehkan negara kita mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan anjuran badan dunia itu. Seterusnya MHF bersama dengan Kesatuan Olahraga Malaya menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan, iaitu pada tahun 1951. Kejohanan antara negeri itu kini menjadi acara tetep MHF.
Allahyarham Tun Abdul Razak, Ketika itu menjadi Timbilan Perdana Menteri telah dilantik sebagai Presiden MHF (1957). Beliau telah menghadiahkan sebuah piala yang menjadi rebutan bagi pertandingan antara negeri itu. Piala itu dinamakan Piala Razak sempena nama beliau dan pada tahun 1963 pertandingan Piala Razak dimulakan.
Malaysia adalah sebuah negara yang terkemuka dalam sukan ini di Asia Tenggara. Ianya juga semakin diperkembangkan ke peringkat sekolah-sekolah. Diperingkat sekolah pula, terdapat beberapa kejohanan yang dianjurkan dari peringkat daerah, zon, negeri hinggalah ke peringkat kebangsaan. Antara kategori yang dipertandingkan adalah bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Ini menunjukan bahawa hoki kini adalah satu permainan yang semakin diminiti masakini.

Kini, permainan hoki di atas padang tiruan (permukaan sintetik) semakin popular. Perlawanan peringkat antarabangsa tidak lagi menggunakan padang rumput. Stadium Tun Razak Dan Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur adalah antara padang yang menggunakan rumput tiruan tersebut.

1 comment: