Thursday, July 23, 2009

Spesifikasi Padang HOki

Spesifikasi Padang dan Peralatan

Padang Permainan

1. Padang permainan berbentuk segi empat tepat :
a. Panjang : 91.40 meter
b. Lebar : 55.00 meter
c. Ditanda dengan garisan-garisan jelas, disyorkan berwarna putih,
berpandukan pelan tersebut.

2. Semua garisan selebar 75mm, dianggap sebahagian daripada padang dan digaris sepenuhnya iaitu tanpa terputus-putus.
a. Garisan-garisan sempadan yang lebih panjang (91.40 meter) disebut garisan tepi
b. Garisan-garisan sempadan yang lebih pendek (55.00 meter) disebut garisna belakang.
c. Bahagian garisan belakang di antara tiang-tiang gol disebut garisan gol. Disyorkan kawasan minimum larian/bahu (run-off areas) disediakan di luar garisan belakang (5 meter) dan di luar garisan-garisan tepi (4 meter).

3. Tanda-tanda lain;
a. Garisan tengah melintas di tengah-tengah padang.
b. Garisan-garisan 22.90 meter melintasi padang, di mana bahagian tepi berhampiran garisan tengah jaraknya ialah 22.90 meter apabila diukur dari bahagian tepi sebelah luar garisan belakang yang terdekat. Kawasan yang dilingkungi garisan-garisan 22.90 meter, bahagian garisan-garisan tepi yang berkaitan dan garisan belakang tersebut kawasan 23 meter.
c. Garisan-garisan 1.83 meter panjang ditandakan memotong garisan tengah dan garisan-garisan 22.90 meter dengan bahagian tepi sebelah dalam garisan-garisan ini sejauh 4.55 meter dari dan selari dengan bahagian tepi di sebelah luar garisan-garisan tepi.
d. Garisan-garisan 300 mm panjang ditandakan di dalam padang di atas setiap garisan tepi, dengan jarak bahagian tepi di sebelah dalam garisan-garisan ini ialah 14.63 meter dari dan selari dengan bahagian tepi sebelah dalam garisan-garisan belakang.
e. Garisan-garisan 300 mm panjang ditandakan di dalam adang di atas setiap garisan tepi, iaitu bahagian tepi sebelah luar garisan-garisan ini ialah 5 meter dari dan selari dengan bahagian tepi sebelah dalam garisan-garisan belakang.
f. Garisan-garisan 300mm panjang ditandakan di dalam padang di atas setiap garisan belakang di kedua-dua belah pintu gol pada jarak 4.55 meter dan 9.14 meter bila diukur dari penjuru luar tiang gol yang berhampiran ke bahagian tepi di sebelah luar garisan-garisan (300mm) tersebut.
g. Garisan-garisan 150 mm panjang ditandakan di luar padang di atas kedua-dua garisan belakang, iaitu jarak dalaman garisan-garisan ini ialah masing-masing 1.83 meter dari tengah-tengah garisan belakang.
h. Tanda-tanda penalti strok bergaris pusat 150mmditandakan di hadapan bahagian tengah setiap pintu gol di mana pusat tanda ini ialah 6.40 meter bila diukur daripada bahagian tepi sebelah dalam garisan gol.

4. Bulatan Menjaring
a. gaisan-garisan panjang 3.66meter ditandakan di dalam padang, selari dengan dan sejauh 14.63 meter ari garisan belakang. Jarak 14.63 meter dari garisan belakang. Jarak 14.63 meter ini diukur dari tepi bahagian luar garisan belakang hingga ke tepi bahagian luar garisan.
b. Garisan-garisan ini disambung tanpa terputus-putus ke dua-dua arah untuk bertembung dengan garisan belakang dalam bentuk suku bulatan dengan bulatan tersebut.
c. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini, termasuk garisan itu sendiri, disebut bulatan menjaring (kemudian ini dirujuk kepada “bulatan” dalam Peraturan-peraturan ini).

5. Tiada tanda-tanda lain selain daripada yang diterangkan dalam peraturan ini dibenarkan di atas permukaan permainan


6. Tiang-tiang Bendera
a. ketinggian antara 1.20 dan 1.5 meter.
b. Diletakkan pada setiap penjuru padang.
c. Tdak membahayakan dalam apa jua keadaan.
d. Jika tidak boleh dipatahkan, hendaklah dipasang kepada asas yang berspring.
e. Dipasang dengan bendera tidak melebihi 300mm lebar dan panjang.

Tiang Gol
1. Di tengah-tengah setiap garisan belakang;
a. Tiang-tiang gol dan palang gol berwarna putih, segi empat sama, berukuran 51 mm lebardan 75 mm dalam.
b. Tiang-tiang gol tegak berjarak 3.66 meter (ukuran lebar bahagian dalam).
c. Tiang-tiang gol hendaklah diletak di atas tanda luar iaitu bahagian hadapan tiang gol menyentuh tepi sebelah luar garisan belakang.
d. Ketinggian palang mendatar 2.14 meterdari paras tanah (ukuran dalaman) dan dipasang kepada tiang-tiang gol.
e. Tiang-tiang gol tidak boleh terjulur melebihi ketinggian palang mendatar.
f. Palang mendatar tidak boleh terjulur melebihi tepitiang-tiang gol. Bentuk kedua-dua tiang gol dan palang mendatar wajib mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh badan standard negara yang berkenaan.

2. Papan Tepi (Side Board)
a. Panjang : 120 meter (minimum) ; ketinggian 460mm
b. Diletak di atas padang tegak lurus (90 ) kepada garisan belakang, dipasang kepada bahagian tiang gol tetapi tanpa menambahkan kelebarannya, dan kepada bahagian hujung papan belakang.
c. Dicat dengan warna gelap di seebelah dalamnya.

3. Papan Belakang (Back board)
a. Panjang : 3.66 meter, ketinggian : 460mm
b. Diletak di atas padang pada hujung papan tepi.
c. Dicat dengan wana gelapdi sebelah dalamnya.

Jaring Gol
1. Dipasang kepada bahagian belakang tiang-tiang gol dan palang
2. Gol pada jarak tidak melebihi 150 mm, dan hendaklah melitupi bahagian luar papan belakang dan tepi.
3. Hendakalah dipasang dengan cara yang dapat memastikan bola
4. tidak menembuhi celah-celah di antara jaring dan tiang-tiang gol, palang mendatar, papan tepi dan papan belakang.
5. Dipasang secara kendur supaya bola tidak memantul semula
6. ke dalam padang permainan.
7. saiz mata jaring (mesh) tidak melebihi 45 mm.


Peralatan Hoki

Kayu Hoki

1.Permukaan rata di belah kiri sahaja. Bahagian untuk bermain ialah seluruh permukaan rata kayu dan sepanjng bahagian pemegang di atas dan sepanjang bahagian pemegang di atas permukaan rata tersebut.

2.Belakang kayu ialah baki keseluruhan kayu

3.Hulu kayu, iaitu bahagian lebih bawah daripada tempat penyambung (splice), mesti berbentuk melengkung, dibuat daripada kayu, tumpul (rounded edges) dan tidak berlubang, berlekuk atau sebarang tambahan. Bahagian hulu yang melengkung boleh mempunyai panjang maksimum 100mm bila diukur secara tegak dari bahagian bawah permukaan rata kayu dan selari kepada pemegang.

4.Baki bahagian kayu tidak boleh mengandungi logam atau sebarang bahan logam.
5.Kecuali ulu kayu yang melengkung, lain-lain bahagian hendaklah lurus. Bila diletak mendatar di atas permukaan yang rata, lengkungan kayu itudengan permukaan yang berkenaan tidak boleh berjarak melebihi 20mm.
6.Berat maksimum 737 gram
7.Pita (tape) dan damar boeh disapu pada kayu untuk mencegah kehausan dengan syarat permukannya tetap licin.
8.Saiz kayu, termasuk sebarang bulatan, mesti bleh menembusialat gelang yang mempunyai garis pusat dalaman 51mm. Kayu hoki telah mempunyai bentuk tradisional dan bentuk ini dikekalkan. Kayu hoki yang melengkung sehingga 2 sentimeter sama ada dari hujung permukaan kayu ataupun hulunya diluluskan. Walau bagaimana pun, pengenalan bentuk-bentuk baru yang ekstrim tidak dibenarkan. Lemabaga Peraturan-Peeraturan Hoki akan sentiasa memantau prestasi kayu-kayu yang dibuat daripada bahan-bahan tradisonal dan bukan tradisional dan akan menghadkan dan/atau mengharamkan penggunaan kayu-kayu jenis tersebut sekiranya penggunaan kayu-kayu itu menyebabkan perubahan kpada ciri-ciri permainan atau meningkatkan paras bahaya kepada para pemain.

Bola Hoki
1.Berbentuk sfera, keras dan di buat daripada sebarang bahan yang sesuai.
2.Berat minimum bulatan 156 gram, maksimum 163 gram.
3.Ukuran lilit bulatan: minimum 224 mm, maksimum 235mm
4.Permukaan licin tetapi pelipat (seam) atau lekuk-lekuk kecil (indentations) dibenarkan.
5.Warna putih atau seperti dipersetujui.


Pakaian dan Peralatan Pemain

1.Pemain-pemain
a.Dari pasukan yang sama dikehendaki memakai pakaian seragam yang diluluskan oleh persatuan atau kelab mereka.
b.Tdak dibenarkan memakai sebarangan yang boleh membahayakan pemain-pemain lain. Pemain-pemain padang digalak sepenuhnya memakai pelindung betis/pergelangan kaki dan mulut.

2.Penjaga Gol
a.Dikehendaki memakai baju atau pakaian melitupi sebarang pelindung bahagian di atas tubuhnya. Baju atau pakaian ini hendaklah berlainan warnanya daripada yang dipakai oleh pemain-pemain pasukannya mahupun daripada pasukan lawan.
b.Diwajibkan memasang pelindung kepala (protective headgear) kecuali semasa mengambil (bukan mempertahankan penalti strok. Peralatan pelindung keepala yang sesuai : helmet berpelindung muka dan menutup seluruh kepala termasuk bahagian belakang dan kerongkong disyorkan. Pelindung kepala yang direka bentuk dan diluluskan untuk permainan hoki ais biasanyamemenuhi keperluan kebanyakkan penjaga gol. Penjaga gol juga dinasihatkan meemakai lain-lain peralatan pelindung (misalnya untuk melindungi badan, tangan, siku, paha, lutut dan sebagainya) pada setiap masa. Berikut ialah peralatan pelindung yang dbenarkan untuk kegunaan penjaga gol: pelindung tubuh, ped kaki, penendang (kicker), sarung tangan dan pelindung untuk bahagian paha, lengan (upper arm), lengan (forearm) dan siku.
c.Pad, penendang dan pelindung tangan: tidak dibenar mempunyai bahagian tepi yang kasar atau tonjolan.
d.Pad: lebar maximum semasa dipasang kepada kaki penjaga gol ialah 300mm.
e.Pelindung tangan: lebar maksimum 228 mm semasa diletakkan di atas permukaan yang rata dan menghala ke atas; panjang maksimum 355mm – diukur dari bawah ke penghujung. Tiada pengubahsuaian/ tambahan bagi membolehkan kayu melekat kepada pelindung tangan semasa kayu tidak dipegang.




































Gambar 7 : Kawasan Pengadil Hoki






Organisasi Kejurulatihan / Pengajaran

1. Perancangan dan penyediaan:
a. Masa - menggunakan masa yang ada dengan maksima
b. Ruang - menggunakan ruang yang ada dengan maksima
c. Kemudahan - Menggunakan kemudahan yang ada
2. Kaedah pengajaran jurulatih;
a. Memanaskan badan dalam kumpulan
b. Latihan individu
c. Demontrasi
d. Pengajaran rakan sebaya
e. Latihan kumpulan
f. Permainan
g. Pemain dipecahkan mengikut saiz dan tempat supaya urutan pengajaran anda kesinambungan dengan lancar.
h. Setiap sesi dirancang awal supaya tahu apa yang ingin dicapai,apakah kaedah yang hendak digunakan dan sesi organisasi yang dijalankan:
a) Objektif
b) Organisasi
c) Kaedah dan prosedur
d) Penilaian

3. Penilaian:
a. Rekod dan prestasi individu dan pasukan
b. Kehadiran semasa latihan dan sesi lain
c. Sikap pemain kepada jurulatih
d. Sikap pemain kepada pengurusan pasukan

4. Pengajaran Kemahiran Hoki:
a. Kemahiran asas adalah rangka kepada pembinaan pasukan dan kemajuan aspek-aspek permainan.
b. Bila dan dimana dan kenapa sesuatu kemahiran itu digunakan

5. Bagaimana Kemahiran Dipelajari
a. Idea
b. Demostrasi
c. Latihan
d. Maklum balas
e. Modifikasi
f. Progresi

Aplikasi Peraturan-peraturan Permainan

1. Masa Permainan
Dua separuh masa selama 35 minit setiap satu kecuali telah dipersetujui sebelumnya.
a. Masa rehat separuhmasa: 5 hingga 10 minit seperti dipersetujui: pasukan-pasukan menukar bahagian padang.
b. Setiap separuh masa bermula apabila pengadil meniupkan wisel untuk hantaran tengah.

2. Memulakan dan memulakan semula permainan
a. Hantaran tengah;
a) Dimainkan dari tengah padang
b) Tolakan atau pukulan ke mana-mana arah; semua pemain kecuali pemain yang membuat hantaran, hendaklah berada di bahagian padang masing-masing
c) Dilakukan pada permulaan permainan oleh pemain daripada pasukan yang tidak memilih bahagian padang.
d) Selepas separuh masa pertama, oleh pemain daripada pasukan yang tidak memulakan permainan
e) Setelah separuh masa pertama, oleh pemain daripada pasukan yang kena jaringan gol atau gol telah diberi terhadap pasukannya.

3. Hantaran tengah dan memasukkan bola ke dalam permainan semula:
a. Semua pemain dari pasukan lawan sekurang-kurangnya 5 meter dari bola
b. Bola ditolak atau dipukul
c. Bola mesti bergerak sekurang-kurangnya 1 meter.
d. Selepas memainkan bola, pemain berkenaan tidak boleh menyentuh bola lagi ataupun berada berdekatan atau menghampiri bola dalam jarak mainan sehingga bola itu sudah dimainkan oleh pemain lain.
e. Bola tidak boleh diangkat dengan segaja atau mengakibatkan bahaya atau menjurus kepada permainan yang membahayakan.

8. Bola terkeluar padang
a. Bola terkeluar daripada permainan apabila keseluruhannya sudah melepasi garisan tepi atau garisan belakang. Bila berkenaan atau bola lain hendaklah digunakan untuk memulakan semula permainan.
b. Melepasi garisan tepi:
a) Di atas garisan tepi berdekatan dengan tempat bola terkeluar daripada permainan.
b) Pemain yang memainkan bola tidak perluberada sepenuhnya di dalam atau di luar garisan tepi.
c) Diambil oleh seorang pemain dari pasukan lawan.
c. Melepasi garisan belakang:
Oleh pasukan penyerang semasa gol tidak dijaringkan:
a) Sehingga 14.63 meter dari dan bertentangan tempat bola melepasi garisan belakan, selari dengan garisan tepi.
b) Diambil oleh pemain penyerang.
d. Melepasi garisan belakang:
Secara tidak sengaja oleh pasukan pertahanan semasa gol tidak dijaringkan:
a) Di atas garisan tepi, 5 meter dari tiang bendera yang terhampir dengan tempat bola melepasi garisan belakang.
b) Diambil oleh pemain penyerang.
e. Melepasi garisan belakang:
Secara sengaja oleh pasukan pertahanan semasa gol tidak dijaringkan dari satu tanda di atas garisan belakang 9.14 meter dari penjuru luar tiang gol terdekat di mana-mana belah padang yang dipilih oleh pasukan penyerang.
a) Diambil oleh pemain penyerang.
f. Permainan hendaklah dimulakan semula dengan buli apabila:
a) Bola dalam permainan terpaksa digantikan.
b) Berlakunya perlanggaran Peraturan-peraturan serentak oleh pemain-pemain daripada kedua-dua pasukan.
c) Bola tersangkut di dalam ped kaki penjaga gol atau pakaian pemain atau pengadil.
d) Apabila permainan dihentikan kerana kecederaan atau sebab-sebab lain dan tiada pelanggaran Peraturan-peraturan telah dilakukan.

g. Buli
a) Di tempat yang dipilih oleh pengadil tetapi tidak boleh kurang daripada 14.63 meter dari garisan belakang.
b) Seorang pemain daripada kedua-dua pasukan akan menghadap pemain pasukan lawan dengan garisan belakang bahagian padang masing-masing
c) Bola di letak di atas padang di antara kedua-dua orang pemain.
d) Kedua-dua pemain mengetuk padang dengan kayu di sebelah kanan bola; kemudiannya permukaan rata kayu pemain pasukan lawan di atas bola; diulangi tiga kali selang-seli; dan selepas itu mana-mana satu pemain bleh memainkan bola untuk memulakan permainan
e) Pemain-pemain lain berada pada jarak sekurang-kurangnya 5 meter sehingga bola dimasukkan ke dalam permainan.

Sejarah Perkembangan Hoki

Sejarah Hoki dan Perkembangannya Di Malaysia

Pengkaji-pengkaji terdahulu pernah menjumpai pasu-pasu dengan ukiran-ukiran yang menunjukan pemain-pemain menggunakan kayu bengkok dalam permainan yang hampir sama dengan permainan hoki . Pasu-pasu itu bertarikh lebih kurang 2050sm dan berasal dari Mesir. Dipercayai perkataan hockey berasal daripada perkataan Perancis hoquet yang membawa erti kayu bengkok yang digunakan oleh gembala . Pada abad ke 15, permainan memukul bola dengan hoquet adalah popular dikalangan gembala di Perancis sebagai satu kegiatan untuk mengisi masa lapang.

Namun begitu, permainan tersebut terus lenyap hinggalah pada tahun 1365, apabila diperkenalkan ke England buat kali pertamanya. Penduduk England memang gemar mencuba apa jua bentuk sukan yang diperkenalkan kepada mereka. Kedatangan sukan ini ke England telah menarik perhatian penduduk di negara tersebut .

Dalam satu jangkamasa yang singkat sahaja mereka telah menguasai permainan tersebut dan seterusnya mempamerkan bahawa sukan tersebut telah diterima oleh masyarakat di sana. Permainan tersebut tidak mempunyai satu peraturan atau undang-undang khas mengenainya untuk dijadikan sebagai panduan semasa bermain. Mereka menggunakan perbagai cara dan teknik. Ini menimbulkan kekecohan kerana pergaduhan sering berlaku, sehingga menyebabkan pertumpahan darah. Corak permainannya menjadi kasar dan tidak teratur dan membawa risiko yang tinggi terhadap pemain. Peristiwa sebegni menyebabkan pihak pemerintahan dan istana di Britian mengharamkan telah permainan tersebut .

Walaupun permainan ini diharamkan, perkembangannya terus berlaku dan akhirnya pengharaman tersebut telah ditarik balik. Dalam masa yang singkat permainan hoki tersebut terus diterima oleh banyak negara di dunia. Dengan adanya peraturan dan undang-undang, permainan hoki ini menjadi lebih teratur dan selamat. Apabila pengharaman tersebut di tarik balik, maka bermulalah era baru dalam permainan hoki di mana ia semakin diterima oleh negara-negara lain. Permainan ini suatu masa dulu adalah terdiri oleh pemain lelaki, mula berubah menarik minat pemain wanita pula .

Pemainan hoki yang lebih teratur dan sistematik telah dianjurkan. Pasukan-pasukan hoki mula ditubuhkan dan telah mampu untuk mengadakan perlawanan persahabatan antara mereka. Pasukan hoki yang pertama di dunia ditubuhkan dalam tahun 1840. pasukan ini telah ditubuhkan oleh sekumpulan pemain di London dan seterusnya diikuti oleh beberapa pasukan yang lain. kelab tertua adalah di dunia adalah Kelab Hoki Blackheath, di sebelah Selatan London dan pasukan hokinya hanya ditubuhkan dalam tahun 1861. Ini kerana pemainya hanya sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja. Kelab inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan undang-undang hoki yang lebih tersusun lagi walaupun ianya tidak sebegitu kemas seperti sekarang, tetepi ia menjadi garis panduan bagi undang-undang dan peraturan masa kini dan berubah dari masa ke masa. Antara aspek yang ditekankan adalah dari segi permainan, mewujudkan khidmat pengadi, had kawasan permainan untuk memudahkan kawalan bola dan seterusnya mengenakan hukuman tertentu bagi mereka yang melakukan kesalahan.
Pada tahun 1875, satu mesyuarat yang diadakan di London dan undang-undang ini diterima dan diluluskan untuk perlawanan. Pada tahun 1886, Permainan hoki telah diterima sebagai satu sukan yang dipertandingankan dan menjadi satu permainan yang bertaraf antarabangsa. Dari England permainan ini tersebar ke negara-negara seperti Amerika Syarikat, India dan beberapa negara Asia serta Eropah yang lain .

Pertandingan Hoki

Apabila permainan ini mula dipertandingan, Banyak negara sudah mempunyai pasukan sendiri. Apabila sukan Olimpik unsur moden dimulakan pada tahun 1896, ada ura-ura untuk menyenaraikan permainan hoki dalam acara sukan tersebut, namun begitu ia hanya menjadi hanya menjadi sukan pertunjukan sahaja. Permainan hoki dipertandingkan buat pertama kalinya dalam sukan Olimpik pada tahun 1908 di London. Ini menunjukkan bahawa hoki adalah antara sukan yang terawal dipertandingan. Pada tahun 1928, terdapat sembilan buah negara yang terlibat dalam sukan hoki.

Pada tahun 1924, dengan hasil usaha beberapa buah negara maka tertubuhlah Persekutuan Hoki Antarabangsa (International Hockey Federation). Tugasnya adalah untuk mengawal dan mengembangkan permainan hoki diperingkat antarabangsa, Antara usaha awal IHF adalah memperkemaskan peraturan serta undang-undang agar permainan tersebut lebih tersusun dan teratur. Ia juga berusaha untuk mengadakan satu pertandingan hoki bertaraf dunia seperti sukan bola sepak. IHF terpaksa berusaha dengan lebih tekun agar setiap negara mempunyai pasukan mereka sendiri .

Negara kita pula merakam sejarah negara dengan menyenaraikan hoki dalam Sukan Olimpik pada tahun 1956, yang diadakan di Melbourne, Australia. dalam sukan itu pasukan negara menduduki tempat yang kesembilan. ini menunjukan negara kita telah menunjukan satu prestasi yang baik dengan menduduki tempat ke sembilan terbaik didunia. Malaysia tidak hanya menceburi diri pada setakat itu sahaja. Meraka terus berusaha dan mula mengambil bahagian dalam Piala Dunia, Sukan Asia , Sukan SEA dan beberapa kejohanan jemputan anjuran beberapa negara di dunia .

Hoki Di Malaysia

Perkembangan hoki turut tersebar di rantau Asia pada abad ke 19. askar British telah memperkenalkan permainan hoki ke Malaysia pada abad ke 19. Pada peringkat awal permainan ini tidak mampu untuk menarik minat penduduk negara ini. Minat hanya ditunjukkan oleh orang Inggeris dan Eropah. Lama kelamaan permainan hoki ini mula dimainkan oleh penduduk tempatan. Permainan hoki dimainkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 30 November 1898 di Padang Kelab Selangor yang kini menjadi Dataran Merdeka.

Pada tahun 1904 telah diadakan satu pertandingan hoki di antara negeri Selangor dan Singapura. Pertandingan ini telah membuka mata penduduk dari kedua-dua negeri mengenai sukan hoki walaupun hampir keseluruhan pemain adalah terdiri daripada rakyat Inggeris atau Eropah. Bermula pada tahun 1920 permainan ini telah mula mendapat sambutan dinegara ini dan pada tahun 1926. Satu perlawanan yang melibatkan penduduk tempatan telah diadakan diantara Negeri-negeri Melayu Bersekutu menentang Negeri-negeriSelat. Penubuhan pasukan hoki negara ini adalah pada tahun 1932. Perlawanan pertama pasukan hoki tersebut adalah dengan perlawanan persahabatan dengan negara India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik pada masa itu. Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan negara India 7-1. Walaupun kalah teruk tetapi ia merupakan satu pengalaman yang baik bagi membentuk sebuah pasukan hoki bertaraf dunia yang kita miliki sekarang ini.

Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki negara kita telah mengadakan pertandingan di Hong Kong dan Macao. Pasukan negara kita telah memenangi kesemua perlawanan yang didakan. Selepas itu pasukan Macao mengadakan lawatan balas dan mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan negara kita dan negara kita menang dalam kedua-dua pertandingan tersebut. Ini membuktikan bahawa dalam masa yang singkat sahaja, negara kita telah mula menguasai permainan tersebut dan mempunyai harapan yang cerah di peringkat antarabangsa.

Seterusnya permainan hoki dipergiatkan dengan pertandingan-pertandingan atau liga hoki yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan hoki peringkat daerah dan negeri. Liga Hoki pertama bermula pada tahun 1946 di Taiping, diikuti pula dengan Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang.

Bagi melicinkan pentadbiran sukan dan pertandingan hoki ini. terutama dalam usaha untuk melibatkan diri pada peringkat antarabangsa, maka penubuhan satu organisasi pasukan kebangsaan adalah perlu. Hasrat ini menjadi kenyataan apabila pada tahun 1948 tertubuhlah Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF). Pada tahun 1953 MHF telah bergabung dengan FIH untuk membolehkan negara kita mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan anjuran badan dunia itu. Seterusnya MHF bersama dengan Kesatuan Olahraga Malaya menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan, iaitu pada tahun 1951. Kejohanan antara negeri itu kini menjadi acara tetep MHF.
Allahyarham Tun Abdul Razak, Ketika itu menjadi Timbilan Perdana Menteri telah dilantik sebagai Presiden MHF (1957). Beliau telah menghadiahkan sebuah piala yang menjadi rebutan bagi pertandingan antara negeri itu. Piala itu dinamakan Piala Razak sempena nama beliau dan pada tahun 1963 pertandingan Piala Razak dimulakan.
Malaysia adalah sebuah negara yang terkemuka dalam sukan ini di Asia Tenggara. Ianya juga semakin diperkembangkan ke peringkat sekolah-sekolah. Diperingkat sekolah pula, terdapat beberapa kejohanan yang dianjurkan dari peringkat daerah, zon, negeri hinggalah ke peringkat kebangsaan. Antara kategori yang dipertandingkan adalah bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Ini menunjukan bahawa hoki kini adalah satu permainan yang semakin diminiti masakini.

Kini, permainan hoki di atas padang tiruan (permukaan sintetik) semakin popular. Perlawanan peringkat antarabangsa tidak lagi menggunakan padang rumput. Stadium Tun Razak Dan Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur adalah antara padang yang menggunakan rumput tiruan tersebut.